Educattic Mind Resources (002000549-W) merupakan sebuah syarikat penerbitan produk-produk digital seperti ebuku. Educattic Mind (EM) merupakan satu projek kendalian Flarebiz Network Sdn. Bhd. (922120-D).
Industri ebuku berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Peningkatan jualan gajet-gajet yang boleh digunakan untuk membaca ebuku juga menunjukkan perkembangan positif.
Apple Appstore mendedahkan bahawa jualan Apple iPad Mencecah 3 Juta Kurang 60 Hari. Apple Appstore juga mengumumkan bahawa perisian iBooks mendominasi carta ’50 Apps Paling Banyak Dimuat Turun’ beberapa minggu berturut-turut.
EM berperanan membekalkan informasi berkualiti dalam bentuk digital kepada pasaran. Melihat kepada perkembangan memberangsangkan ini, EM muncul sebagai sebuah syarikat penerbitan produk-produk digital.
EM mengalakkan penulis, usahawan dan individu yang mempunyai ilmu untuk menulis bersama EM. Dalam jangka masa panjang, EM mempunyai perancangan untuk menembusi pasaran luar.
