Persaingan semakin hangat, tetapi kita masih lagi boleh menguasai kedudukan sepuluh teratas dalam enjin carian
Siapa Mahu Menarik Trafik Tambahan Percuma Seramai 150 Pelawat Sehari?
Ia seperti magik, namun tidak ramai usahawan di Malaysia menggunakannya. Ini peluang anda.
Daripada: Mohd Firdaus Mohd Latib
Tarikh:
RE: Ebook Seni Seo!
Sahabat yang dihormati,
Kita sering berfikir dalam diri, bagaimana teknik yang mudah dan bagus tidak diketahui ramai orang?
Jawapannya : Ia mudah dan berkesan. Mereka tidak mahu kita tahu.

Search Engine Optimizer.
Inilah peluang hebat untuk kita...
- Menarik pelanggan baru walaupun tiada bajet.
- Membuat perniagaan dengan kos paling minimum yang boleh kita bayangkan.
- Membanjiri laman web dengan pelanggan berbayar.
- Mendapat ilmu yang pakar gunakan untuk menarik trafik percuma!.
Sekiranya laman web kita tidak mendapat trafik yang kita mahu, ini adalah peluang terbaik. Tidak kisah apa jenis laman web, atau usianya dalam pemasaran internet.
Apabila kita menggunakan teknik-teknik yang diterangkan dalam panduan ini, kita bakal mendapati ia tidak sukar. Kita hanya meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari bagi melihat kesan dramatik dalam kedudukan laman web kita.
Kedudukan laman web kita? Ya, kedudukan laman web kita di dalam enjin carian. Teknik ini memudahkan kita memastikan laman web kita berada dalam kedudukan terbaik, dengan kerja yang sedikit.
Kita tidak perlu menggunakan wang yang banyak untuk bermula. Sekiranya kita sudah mempunyai laman web, kita sudah boleh terus mengaplikasikan teknik ini.
Penulis dahulunya tidak mengetahui apa perlu dilakukan bagi mendapatkan trafik. Penulis terpinga-pinga melihat statistik pelawat ke laman web. Sungguh menyedihkan melihat jumlah pelawat laman web yang sampai ke laman web penulis.
Apa yang membezakan laman web ramai pelawat dengan tiada pelawat?
Sesetengah laman web kerap kali muncul dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Laman web ini seperti magnet penarik trafik. Dan trafik datang secara automatik ke laman web mereka. Terima kasih pada enjin carian.
Jadi apakah yang membezakan laman web yang mendapat trafik dan yang tidak mendapat trafik?

Google Enjin Carian Yang Terbaik Buat Masa Ini.
Sekiranya laman web kita tidak mempunyai pelawat daripada enjin carian, ini bermakna enjin carian belum lagi mempercayai laman web kita. Dengan kata lain, “Trust Rank” kita rendah. Kedudukan kepercayaan kita adalah rendah.
Semakin lama laman web kita berada di Internet, semakin menebal kepercayaan Google kepada kita. Namun begitu, ia bukan penamat bagi laman web baru. Laman web baru juga mempunyai cara bagi mendapatkan kepercayaan daripada enjin carian.
Penulis bermaksud:
Itulah kelebihan teknik yang mahu penulis tunjukkan. Ia mudah, tetapi efektif.
Kita hanya perlu ikut apa yang perlu dan lihat kedudukan laman web dalam enjin carian menjadi lebih baik. Daripada tidak mempunyai kedudukan langsung, beralih ke halaman carian ketiga. Pada akhirnya, laman web kita berada di halaman carian pertama.
Ya, semuanya dapat kita pelajari dalam.....
Seni SEO
Panduan 68 muka surat ini padat dengan tip bagaimana mendapatkan kepercayaan daripada enjin carian terutamanya Google.
Jika pembaca mahu mendapatkan trafik secara percuma, apa yang penulis nukilkan ini pasti membantu. Ia membantu penulis meningkatkan trafik daripada 100 pelawat sebulan kepada lebih daripada 150 pelawat sehari, dan ia terbukti berkali-kali mampu meningkatkan trafik laman web.
Penulis telah melakukan eksperimen menarik bagi mendapatkan trafik percuma. Eksperimen ini dilakukan supaya penulis dapat menarik trafik daripada enjin carian tanpa sebarang kos. Kita tidak perlu:
- Membayar orang untuk pergi ke laman web.
- Membida di enjin carian. untuk kata kunci tertentu (Pay Per Click)
- Meletakkan perkara-perkara yang tidak elok (seperti topik 18sx) bagi mendapatkan trafik murahan
- Tidak perlu mengiklankan laman web di laman web orang lain
- Merayu operator laman-laman web untuk mempromosikan laman web kita dalam laman web mereka
Ya, teknik ini amat mudah. Hanya ada 8 bab sahaja bagi menceritakan kesemuanya. Kita akan mengetahui bagaimana mahu meneliti keperluan pengguna enjin carian, dan menjadikan laman web kita sebagai magnet trafik enjin carian.
![]()
- Tajuk: Ebook Seni SEO
- Topik: Perniagaan Internet
- Penulis: Mohd Firdaus Mohd Latib
- Halaman: 68 m/s
- Format: PDF
- Harga:
RM20RM15 Sahaja
Dalam ebook ini mengandungi:
Bab 1 :
- Mengapa kata kunci dengan trafik yang banyak bukannya perkara pertama yang kita perlu cari?.
- Dua (2) peranan penting enjin carian yang mesti diketahui bagi memudahkan kita mengatasi laman web pesaing.
- Dua (2) elemen penting dalam mana-mana enjin carian (terutamanya dalam Google dan Yahoo). Jika ia dipinggirkan, enjin carian akan mengendahkan laman web kita.
Bab 2 :
- Bagaimana manusia mencari maklumat dan perkaitan SEO dengannya?.
- Mengapa SEO bakal menguntungkan kita dan enjin carian?.
- ‘Buying Keywords’ diperincikan.
Bab 3 :
- Apakah itu on-site SEO dan bagaimana untuk melakukannya?.
- Ketahui teknik memilih domain name yang baik
- Penstrukturan title dan meta description tags yang memikat enjin carian.
- Apakah jumlah maksima huruf dalam title anda?.
- Apa jenis ayat yang sesuai bagi menarik orang klik pada laman web kita?.
Bab 4 :
- Apakah itu backlinks?.
- Adakah backlinks itu penting?.
- Tools tebaik bagi menyemak backlinks kita dan pesaing
Bab 5 :
- Bagaimana membuat kajian keyword dengan efektif?
- Mengapa teknik “plaster” keyword dalam artikel-artikel tidak berguna langsung?
- Bagaimana untuk menggunakan Google AdWords Keyword Tool?
- Apakah yang perlu kita ubah dalam kandungan laman web jika kita menggunakan susunan keyword dalam Keyword Tool?.
- Bagaimana menggunakan keyword pesaing pada laman web kita?.
Bab 6 :
- Apakah “Tukang Undi” di Enjin Carian?
- Adakah semua backlink diambil kira dalam oleh enjin carian? Jawapannya: tidak.
- 5 cara membaiki kedudukan laman web kita dalam enjin carian.
- Apakah itu “anchor text” dan bagaimana bagi tidak menyalahgunakannya. Jika menyalahgunakannya, Google akan bagi penalti pada kedudukan laman web kita.
- Dua (2) laman sosial yang perlu diberi perhatian (kita boleh gunakan bagi mendapat pendapatan tambahan pasif!)
- Sembilan (9) tip semasa menggunakan laman sosial ini.
- Berapa jumlah maksimum link boleh kita tujukan menggunakan teknik laman sosial ini supaya anda tidak di-ban?
- Cara terbaik melaksanakan teknik Blog Commenting.
Bab 7 :
- Keperluan pengguna enjin carian yang kita perlu tahu
- Tiga garis panduan oleh pakar enjin carian (Miranda Rensch).
- Apakah yang pelawat harapkan daripada kita? Penuhinya dan kita akan mendapat trafik berterusan
Bab 8 :
- 90% laman web yang menguasai enjin carian ialah ________
- 5 kelebihan blog berikan kepada perniagaan.
- 10 platform blog yang boleh kita gunakan.
- 1 plugin yang kita boleh gunakan untuk blog (Wordpress).
- 3 bahagian penting dalam plugin tersebut yang kita perlu tahu.
Apa Kata Mereka Yang Telah Membacanya?
Ebook Seni SEO ini telah dibaca oleh ramai individu termasuk mereka yang telah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan ebook. Jadi, testimonial mereka mahu atau tidak kita perlu menerimanya kerana mereka buat apa yang mereka cakapkan.
Reviu Ebook Seni SEO
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Firdaus Latib serta pihak Educattic Mind kerana memberi saya peluang menelaah dan menyumbangkan reviu untuk ebook yang hebat ini.
Pertama kali saya membaca kandungan ebook Seni SEO ini, saya amat positif kandungannya boleh dijadikan bahan rujukan utama bagi penggiat-penggiat SEO baru dan yang berpengalaman kerana ia meliputi hampir semua elemen asas dan 'advance' yang perlu diketahui untuk menguasai SEO.
Tuan Firdaus Latib telah menghasilkan satu ebook berkenaan SEO yang amat berguna di mana ebook ini mengandungi maklumat yang padat dari kepentingan SEO untuk laman web, kegunaan SEO bagi mencari prospek perniagaan, pelbagai teknik penting meningkatkan kualiti SEO laman web dan banyak lagi.
Sebagai seorang penulis bebas yang mempunyai 2 tahun pengalaman dalam penulisan online, saya dapati ebook Seni SEO ini telah menambahkan lagi ilmu SEO yang boleh saya praktikkan semasa menulis blog atau artikel-artikel online untuk para pelanggan.
Tajuk 'Seni SEO' ini juga menggambarkan keseluruhan ebook Tuan Firdaus Latib dengan tepat! Bukan sahaja ia dipenuhi teori semata-mata, tetapi juga himpunan kajian dan gambar rajah yang diperoleh daripada pakar-pakar SEO antarabangsa. Ini membuktikan Tuan Firdaus Latib telah menghasilkan ebook Seni SEO ini dari kajian dan pengalamannya sebagai seorang penggiat SEO tegar.
Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Firdaus Latib atas penghasilan ebook Seni SEO, tak lupa juga sekalung tahniah diucapkan kepada Educattic Mind kerana telah menemui seorang penulis dan penggiat SEO berbakat dalam senarai penulis-penulis hebat mereka!
Salam Kejayaan,
Shafina Bazilah bt Shamsul Bakri
www.FreelanceWriterMalaysia.com
Penerangan yang jelas & Baik
Ebook Seni SEO ini menerangkan dengan jelas dan baik sekali tentang informasi-informasi penting dalam pemasaran SEO, dari perkara asas hinggalah advanced.
Kebiasannya, ebook panduan SEO yang pernah saya beli adalah sangat membosankan. Namun ebook ini lain daripada yang lain. Saya amat suka dengan penyampaian Tuan Firdaus Latib yang menerangkan topik demi topik dengan disertakan contoh-contoh, screenshot bagi memudahkan para pembaca.
Secara ikhlas, dengan harga RM15, ia sangat berbaloi untuk memiliki.
Hasbul Aqil - Usahawan Internet - www.HasbulAqill.com
Cara Mudah Memahami Seni Menguasai Trafik Enjin Carian
TopRankBlog.com menyatakan, 38% sumber carian yang digunakan oleh pengguna internet seluruh dunia adalah enjin carian. Ia menjadi sumber rujukan utama sehingga hari ini. Persoalannya, bagaimana untuk laman web kita menguasai sumber trafik ini?
Ebook Seni SEO bukan sahaja menerangkan optimasi enjin carian secara teori, dan kajian menyeluruh. Malah panduan ini berbentuk praktikal mudah, iaitu sesiapa sahaja boleh mengikuti langkah demi langkah, meskipun mereka berada pada tahap asas memahami SEO.
Syukur dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Firdaus Latib dan Educattic Mind. Ebook ini membongkarkan seni menguasai enjin carian, dan ciri-ciri luaran dan dalaman struktur web, bagi membina laman web yang mesra enjin carian.
Aqif Azizan - Usahawan Internet - www.aqifazizan.com
Tanpa pelawat, laman web kita ibarat sebuah kedai tanpa pengujung. Laman web kita cantik, namun ia tidak memberi apa-apa nilai. Kita memerlukan pelawat.
Tanpa kehadiran pelawat, tiada pembeli. Tiada orang berminat bagi menempah iklan melalui laman web kita. Tanpa ilmu yang betul, bagaimana dapat kita menarik pelanggan ke laman web? Ia seterusnya menambahkan kesukaran bagi kita mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan internet.
Dalam ebook ini, penulis mengetengahkan satu ilmu yang dapat dipelajari bagi menarik pelayar internet ke laman web. Ilmu itu ialah ilmu search engine optimization (SEO). SEO adalah teknik bagi meningkatkan pengaruh laman web kita di laman carian seperti Google dan Yahoo/MSN (kini dikenali sebagai Bing).
Semakin tinggi pengaruh laman web di laman carian, semakin tinggi kedudukannya dalam carta carian.
Penulis mencadangkan pembaca cuba mencari topik laman web di enjin carian. Contohnya laman web kita mengenai modifikasi Proton Gen 2. Layari laman web Google dan taipkannya dalam kotak enjin carian. Adakah laman web kita itu berada dalam carta 10 laman web teratas Google?
Sekiranya laman web kita tidak berada dalam carta tersebut, kita perlu melakukan sesuatu. Pasti ada sebabnya mengapa laman-laman web lain mendapat 10 tempat teratas dan kita tidak mendapat kedudukan tersebut.
Penulis mahu bertanya soalan berikut kepada para pembaca:
1) Adakah pembaca melakukan on-page optimization (optimisasi dalam laman web) dengan betul?
On-page optimization bermaksud kita telah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh enjin carian, bagi memudahkan mereka untuk mengaitkannya dengan kata kunci berkaitan dengan laman web kita.
Off-page optimization pula bermaksud kita sudah memastikan enjin carian dapat mencari pelbagai sumber yang hyperlink pada laman web kita. Ia menyatakan laman web kita mempunyai topik yang dimaksudkan oleh pencari di enjin carian.
Jika enjin carian memberitahu laman web kita seringkali menawarkan informasi tidak relevan dan berkaitan dengan kata kunci, maka laman web kita akan diletakkan pada kedudukan jauh daripada carian utama. Kita tidak mahu para pelawat perlu klik hingga ke halaman carian 5 , baru mereka dapat menemui laman web kita! Pelawat kebiasaannya klik pada apa yang mereka temui pada halaman carian pertama sahaja.
Download E-Book Ini Sekarang Juga!
Langkah 1: Depositkan Duit RM15 Ke Dalam Akaun
Langkah 2: Isi Borang Pengesahan
Langkah 3: Download Produk Di Komputer Anda!
Semua Pembayaran Adalah Selamat 100%!
![]()
Penulis ingin menawarkan satu harga rendah kepada pembaca. Malahan, ia lebih murah daripada hidangan Pizza Hut untuk 5 orang (RM80). Dan ia berharga separuh daripada itu. Itu juga masih lagi mahal, namun ia membolehkan pembaca mengetahui teknik mudah yang penulis nukilkan dalam Ebook Seni SEO.
Harganya ialah RM15. Baca panduan ini dengan risiko ditanggung oleh kami. Pembaca tidak perlu berasa gusar kerana jika atas apa-apa sebab pembaca merasakan mahu wang dikembalikan, maklumkan kepada kami dan pembaca boleh mendapat wang semula dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya pembaca berminat bagi mendapatkan laporan ini, mohon klik pada button “Klik Disini Untuk Membuat Tempahan” bagi menempah hari ini juga.
Firdaus Latib merupakan seorang usahawan internet separuh masa. Beliau masih lagi berkhidmat di salah satu
organisasi terkemuka Malaysia dan bercita-cita untuk menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa.
Jika anda membeli salah satu produk Educattic Mind dan tidak berpuas hati dengan kualiti produk tersebut, anda boleh mendapatkan kembali wang anda dalam masa 30 hari selepas pembelian anda. Kepuasan hati anda keutamaan kami! Jika ingin mendapatkan hak anda, sila
Pihak kami juga berani untuk memberikan jaminan kepuasan 100% anda terhadap produk kami. Ini kerana polisi kami di Educattic Mind adalah menerbitkan produk digital yang terbaik dan berkualiti tinggi sahaja. Kepuasan anda akan terjamin 100% di sini!